Panduan Makan Ubat

 Ubat ABCD
Kepada pesakit yang sedang mengamalkan ubat Perubatan Holistik disarankan berkeyakinan bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan maut. Kami di Pusat Perubatan Holistik hanya berikhtiar dan segala penyembuhan adalah milik Allah S.W.T.. Ubat yang diambil hanyalah perantara/medium/wasilah untuh sembuh.
Bagi orang Islam, sila amalkan selawat Nabi (Allahumma Shalli ‘Ala Muhammad, Wa Aali Muhammad) sebanyak mungkin kerana ini adalah amalan yang Allah S.W.T. sendiri dan para malaikatNya lakukan serta Dia menyeru kepada manusia supaya mengamalkannya.CARA MAKAN UBAT

1. Minum air mineral/alkali segelas sebelum makan ubat.
2. Ubat hendaklah dimakan mengikut arahan yang diberikan iaitu sebiji sebanyak tiga kali sehari.

 

CARA MENYIMPAN UBAT

 1. Jauhkan ubat dari segala punca elektrik dan peralatan elektrik seperti radio, tv, peti sejuk dan komputer.
2. Jauhkan dari tempat panas yang boleh menyebabkan ubat menjadi panas atau tempat yang kepanasannya melebihi 70 darjah Celsius. 

NASIHAT DAN PANTANG LARANG KETIKA DALAM RAWATAN

 1. Pada waktu pagi sila minum air sekurang-kurangnya segelas selepas bangun tidur. Kerana ini akan memudahkan proses pembuangan toksin dan bahan kimia di dalam badan. Biasanya segala kekotoran di dalam badan akan keluar melalui empat cara seperti berikut:
a. Melalui sistem perkumuhan air kencing
b. Melalui sistem pembuangan air besar
c. Melalui sistem pernafasan (batuk, kahak dan selesema)
d. Melalui sistem perkumuhan kulit (peluh, ruam dan gatal-gatal)2. Minum air sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari. Bagi mereka yang mengalami Dehydration (kekeringan kulit), minum sehingga bibir menjadi lembab dan segar. Bagi mereka yang menghidap Pneumonia (paru-paru berair) dan Renal failure (kegagalan buah pinggang) sila ikuti arahan doktor yang khusus tentang minum air.

3. Tinggalkan pemakanan sea food (makanan laut) atau ikan yang tidak mempunyai sisik, seperti sotong, ketam, kerang, siput, ikan keli, ikan sembilang, pari, ikan duri, belut dan seumpamanya. Kerana ikan-ikan ini dikenali sebagai pembersih kekotoran di laut dan sungai. Haiwan ini juga diciptakan untuk memakan pelbagai jenis bahan buangan termasuk toksik-toksik yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti cancer (barah).

Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit, bererti memparahkan lagi keadaan sedia ada. Manakala dari segi saintifik pula, ikan yang tidak mempunyai sisik mudah diserang virus (kuman), segala radiasi, toksik dan bahan kimia. Antara hikmah Allah S.W.T. menciptakan sisik adalah sebagai sistem pertahanan tubuh badan haiwan tersebut.

Ikan tenggiri, kembung, parang, tongkol, bilis dan seumpamanya termasuk jenis yang bersisik dan boleh dimakan walaupun sisiknya kecil dan sedikit.

Sebenarnya, ikan yang tidak bersisik ini mengandungi logam jenis ‘kadmium’ yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat.

Biasanya, kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri, konduktor elektrik, pembuatan aloi, plastik selain memantapkan baja fostat.

Kandungan kadmium juga dikatakan mampu menyebabkan pemakannya berisiko menghidap kanser payu dara, kanser prostat dan berupaya melemahkan fungsi hati serta buah pinggang.

Selain menjadi bahan kimia pengganggu endokrin (EDC), kadmium juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh kerana kadar serapan bertambah jika kekurangan kalsium, magnesium dan zat besi.

4. Sebelum makan nasi, jika boleh ambil garam halus/garam bukit dan letakkan di atas lidah bertujuan meneutralkan asid di dalam badan. Bagi mereka yang mempunyai banyak kolesterol dalam badan, kurangkan makanan yang berkolesterol tinggi seperti udang, durian, makanan bersantan dan bergoreng.

5. Jangan putus ubat. Sila buat rawatan susulan selama 3 hingga 6 bulan, kerana penyakit yang hampir sembuh mungkin akan menyerang semula dan kemungkinan menjadi lebih parah.

6. Kurangkan meminum kopi pekat dan nescafe, kerana ia mempunyai kafein yang jika diamalkan secara berterusan akan melemahkan sistem urat saraf dan mengganggu proses pemulihan.

8. Bagi mereka yang masih mengamalkan ubatan biasa sila jarakkan sekurang-kurangnya sejam bagi mengelakkan ubat menjadi tawar.

Pesanan ikhlas Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif